Rabu, 24 Disember 2008

MEMETIK HIKMAH

Sebenarnya, kisah mengenai Rasulullah masih banyak dan menarik bagi disemak. Oleh yang demikian, kisah yang pendek ini mudah-mudahan terdapat hikmah dan pengajaran yang tidak ternilai untuk kita semua sebagai ummat Baginda. Sebagai peringatan apabila kita ingin mengikuti peribadi Nabi saw, maka hubungan kita dengan AlQuran perlu diperkuat. Kita juga perlu menyelami peribadi Nabi saw dan menjadikannya sebagai contoh bagi diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Dengan itu, maka kita dapat meneladani Nabi saw. Sehubungan dengan itu, apabila kita berusaha keras mengenal dan mengamalkan peribadi Nabi saw, insyaAllah kita mendapat hasil dan manfaatnya dengan cepat dan berkat. antaranya adalah :

  1. Hidup Menjadi Lebih Mudah dan Indah.
Meniru jauh lebih baik daripada mengarang ataupun menciptanya sendiri. Ini kerana meniru kebaikan bukan perkara yang tercela. Bahkan meniru ataupun mencontohi sikap Nabi saw adalah perbuatan ibadan yang dapat mengundang pahala. Sudah semestinya ia membuatkan hidup kita jauh lebih sempurna kerana segalanya sudah terdapat contoh dan suri teladannya. Seperti individu yang berjalan di hutan belantara yang sukar dan berbahaya namun apabila ada petunjuk jalan mahir yang menguasai medan, sudah tentu perjalanan menjadi mudah dan menyenangkan serta aman kerana terhindar daripada sebarang bahaya. segalanya mudah dengan panduan petunjuk jalan. Kita akan sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat.

2. Hidup Menjadi Lebih Mulia dan Dihormati.


Oleh kerana peribadi Rasulullah saw yang begitu tinggi dan mulia, secara tidak langsung, hal ini mampu mengangkat martabat dan kehormatan serta kemulian sesiapa sahaja yang mengikutinya. AllahSWT menyatakan dalam surah Al-Qalam, ayat 4 yang bermaksud :

"Dan sesungguhnya engkau benar-benar berbudi pekerti yang luhur."

Individu lain menilai kita sebagai penyabar, rendah diri, berakhlak mulia, dermawan dan sebagainya. sebenarnya perkara yang kita lakukan bukan semata-mata bagi mendapat pujian individu lain. Itu adalah tingkah laku sepatutnya kita lakukan yang dikira sebagai ibadah. Perbuatan yang murni tanpa rasa riak, inginkan pujian dan juga penghormatan manusia. Semua itu dapat kita teladani daripada Nabi saw.


3. Hidup Lebih
Disukai dan disayangi Orang Lain.

Peribadi Nabi saw adalah peribadi yang paling disenangi dan penuh manfaat bagi masyarakat. Secara tidak langsung apabila kita mengikuti peribadi Baginda lambat laun peribadi kita juga turut disenangi. Hal ini sudah pasti menimbulkan rasa simpati, dihormati dan dikasihi individu lain.

Al
anglah nikmatnya hidup dalam keadaan hati yang aman dan tenteram walaupun kehidupan kita ini berada dalam suasana hiruk-pikuk dan diselubungi masalah. Kasih sayang dan perhatian yang tulus daripada individu lain hasil daripada peribadi kita yang baik membuatkan hidup ini indah dan bermakna.

4. Hidup Menjadi Lebih Berprestasi.


Sebagaimana yang kita sedia maklum Nabisaw terlalu menjaga kualiti daripada perkara yang Baginda lakukan. Baginda berusaha melalukan yang terbaik disamping konsep yang jelas dan perlaksanaan yang matang. Sikap yang profesional dengan etika kerja yang bagus terbukti hasilnya dengan ketokohannya sehigga ke saat ini

dapat dibayangkan sekiranya kehidupan kita sama seperti kehidupan Baginda, InsyaAllah kemampuan berkarya dan berprestasi kita meningkat. Malahan potensi juga berkembang semaksimumnya. Sebarang masalah yang timbul menjadi suatu yang positif dan bernilai bagi kemajuan diri kita. sama ada sedar atau tidak, kita sendiri akan terkejut melihat kemampuan yang berlebihan daripada keupayaan diri dalam mempersembahkan yang terbaik dalam kehidupan ini.


5. Dicintai Tuhan dan Rasul.


Tuhan Yang Maha Agung sudah berjanji mencintai sesiapa saja yang mencintai kekasihNya. sebagaimana yang kita ketahui, individu yang beruntung adalah orang yang dicintai oleh Tuhan Rabb al-'Aalamiin.

Tuhan Yang Maha Mengetahui keadaan kita yang sebenarnya,sama ada harapan, kekutan terhadap perkara yang difikirkan mahupun yang belum terlintas sekalipun. Sesungguhnya tiada kesempurnaan nikmat dalam hidup melainkan menjadi makhluk yang dicintai dan disayangi Tuhan.. Allahu Akbar!


6. InsyaAllah...akan Masuk Syurga Tuhan.

Ingatlah...Individu yang akan mengikuti siapa yang dicintainya. dalam sebuat hadith yang diriwayatkan oleh anas seperti yang diceritakan oleh Muttafaqun 'alaih yang bermaksud :

Sudah berkata seseorang bertanya kepada Rasulullah, "
Apabila akan tibanya hari Qiamat wahai Rasul?"
Rasul menjawab : "Apakah yang sudah kamu persiapkan untuknya?"
Orang itu terus menjawab : "Aku tidak banyak menunaikan sembahyang, membayar zakat, puasa dan tidak pula bersedeqah bagi itu. Tetapi aku mencintai Tuhan dan rasulNya."
Muhamaad saw kemudian menjawab :
"Kamu bersama siapa yang kamu cintai."


Perkara ini bermaksud dengan mengenal serta mengamalkan perkara yang ditonjolkan oleh peribadi nabi saw, maka timbul perasaan cinta dan rindu ingin berjumpa dengannya. InsyaAllah semua ini adalah tanda cinta kita kepada Muhammad yang akan menghantar kita menjadi ahli Syurga.

Baginda bagaikan permata kemilau yang indah. Ia selalu mempersona sesipa yang memandang walau dari sudut mana sekalipun. Nabi bagaikan samudera ilmu tidak bertepi yang mana berupaya memuaskan sesiapa yang menyelaminya. Ia bagaikan mata air yang bening dan sejuk yang mampu memuaskan dahaya zahir batin bagi sesiapa yang merindukan kebaikan dan kemuliaan. Baginda bagaikan cahaya yang terang menyeisir kegelapan dan menerangkan setiap langkah menuju keselamatan. Bagindalah pemilik peribadi agung yang mana kemuliannya tidak pernah lekang ditelan zaman dan tidak habis dimakan waktu.

"Ya Allah... Rahmatilah Muhammad dan keluarganya sepertimana Kau rahmati Nabi Ibrahim dan keluarganya. Wahat Zat yang Maha Suci lagi Terpuji, Berkatilah dan kurniakanlah kepada kami cinta yang sejati kepada KekasihMu. Golongkanlah kami menjadi orang yang rindu untuk ketemu dengan Mu dan KekasihMu iaitu Muhammad. Amin.